Apa yang best kat Penang ni? Banyak benda yang best... Tapi salah satunya ialah makanan. Yummy~ Penang ni memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan. Sampai tak tau la nak makan apa. Yang palin famous, of course la nasi kandar. Tapi Penang ni bukan ada nasi kandar jer tau... Macam2 ada... Kekekeke... For example kat tempat aku ni, Teluk Kumbar. Tahukah koraong? Teluk Kumbar ni sebenarnya famous dengan mee udang. Memang banyak kedai mee udang kat sini tapi.... mee udang bukan favourite aku... ROFL! Ada Salwa Mee Udang la... Mak Long Mee Udang la... Haish... Macam2 lar...
Actually, aku nak story pasal tempat2 makan yang best kat sini... Yang aku tau lar... For me... Kalau breakfast, antara kedai yang paling ramai orang kat Teluk Kumbar ni ialah Taat Cafe. Peh! Dah tukar nama kan? Taat Cafe ni terletak betul2 kat tengah2 pekan Teluk Kumbar. Tak susah la korang nak cari kan? Ada apa? Dia jual nasi... Wow! Breakfast dah makan nasi... Memang gemuk ah macam ni! Tapi memang tersangat la sedap! Dari aku kecil sampai sekarang, dalam seminggu mesti sekali dua aku pekena nasi taat ni. Peh! Masyuk~ Lauk favorite aku, ikan goreng ngan telur goreng... Tu pun dah cukup beb... Kasi taruk dia punya kuah gulai banyak2... Memang tak terkata sedap dia. Hahahha!
Satu lagi gerai yang best kat pekan Teluk Kumbar ni ialah... Nasi kandar Mak Ton... Haaa... Korang pernah dengar? Dia ni tumpang meniaga nasi kandar kat kedai kopi Cina. Kat mana? Betul-betul berhadapan ngan Taat Cafe. Kekekeke... Pagi2 memang orang dah beratur la. Memang sedap... Try rasa dia punya daging cincang... Peh! Favorite aku tuh!
Kalau untuk makan malam lak, kedai makan paling best kat Teluk Kumbar ni ialah... Restoren Ikan Bakar Sri Anjung! Kedai ni kedai favorite family aku for dinner. Dah la harga berpatutan... Kalau makan, memang kenyang ler! Sampai menjilat jari tau. Kalau makan pakai sudu, sampai menjilat sudu ler jawabnya. Kekekeke... Restoren ni betul2 kat tepi jalan jer. Nak cari pun tak susah. Kalau korang pergi, aku sarankan korang order... Of course dia punya ikan bakar. Nama pun restoren ikan bakar kan? Kalau korang tak nak makan ikan bakar, korang boleh order ikan siakap tiga rasa. Ikan tu korang boleh pilih sendiri. Best kan? Memang tak rugi kalau korang makan kat sini. Memang sedap sangat2. Selain ikan siakap 3 rasa, aku recommend korang order dia punya sotong goreng tepung. Memang wajib order weh! Aku tak pernah rasa sotong goreng tepung macam tu tau. Serious! Menu favorite family aku, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam campur, lala and kangkong goreng belacan. Memang tak rugi makan sini.
Apa lagi yang best kat Teluk Kumbar ni? Ha! Nasi ayam Misai. Tak der misai pun dalam nasi ayam tu, jadi jangan la korang risau! Hahahaha! Kedai nasi ayam misai ni cuma serve nasi ayam ngan nasi goreng ayam jer. Kalau korang nak try rasa nasi ayam, boleh la pergi kedai tu kat Bandar Baru Teluk Kumbar or kalau susah sangat nak cari, pergi jer dekat Kompleks Bukit Jambul. Kan senang?
Kalau teringin nak makan bihun sup ker, nasi gorang ker and makanan2 yang seangkatan dengannya, korang boleh pergi try makan kat Tanduk cafe. Aku jarang pergi Tanduk cafe kat Teluk Kumbar ni, kalau kat Bukit Jambul yer lar... Dah kerja kat situ kan... Hihihihi... Selalu aku makan nasi berlauk kat situ. Memang sedap lauk dia, harga pun ok lar...
Apa lagi yang ada kat Teluk Kumbar ni? Banyak kedai makan kat sini tapi aku dah lupa daa... Jom pergi tempat lain plak. Kalau korang nak try makan laksa, jangan lupa pergi Kedai Laksa Janggus kat Balik Pulau! Kedai laksa ni memang famous sampai Jalan-jalan Cari Makan pun dah singggah sini. Laksa kedai ni memang favorite aku ler! Susah nak cari laksa yang betul2 rasa laksa ni. LOL! Kuah dia memang cantik punya! Tak macam sesetengah kedai... Kuah ceroi... LOL!
Penang ni famous ngan kedai mamak. Tak sah la kalau aku tak perrkenalkan kedai mamak kat sini kan? Antara kedai mamak favorite aku ialah, Nasi Kandar Makbul... Makbul ni banyak cawangan dia... Kat Batu Maung, Bayan Baru, Bukit Jambul... Tapi yang paling best bagi aku ialah dekat Batu Maung. Aku suka makan roti telur kat situ. Tak pun nasi kandar dia... Haih... Mana ada nasi kandar yang tak sedap kat Penang ni... Betul tak? Selain Makbul, korang leh try Nasi Kandar Kayu dekat Bukit Jambul. Memang famous restoren ni. Or korang leh pergi Nasi Kandar Pelita dekat Bayan Baru. Semuanya sedap!
Kalau dah boring sanat asyik makan nasi kandar jer, korang try pergi makan dekat Serai Cafe dekat Tokong Ular. Mana tuh? Senang jer nak cari. Dekat2 dengan kilang B-braun. Macam2 menu ada kat sini. Nasi goreng, western food... Memang sedap! Kalau kedai tu ramai orang, hihihihi, korang boleh pergi kedai sebelah dia, Blue Bayou. Kat situ pun sedap gak. Pendek kata, semua kedai kat Tokong Ular tu memang sedap ler makanan dia...
Oppss... Jangan lupa plak singgah dekat Padan Kota Lama! Pergi try pasembur dekat situ. Tak sah ler kalau korang datang Penang tapi tak pergi pekena pasembur Padang Kota. Tak lengkap weh!
Haish... Sebenarnya banyak lagi kedai makan yang best kat Penang ni. Tapi tak leh nak senarai semua lar... Jari aku pun dah lenguh menaip ni. Berhenti di sini dulu... Berehat sebentar bersama Kit Kat... LOL!
No comments:
Post a Comment